Saya copy daripada seindahcintaislam.blogspot.com
"Seorang muslim yang fakir akan memasuki syurga empat puluh tahun terlebih dahulu daripada seorang muslim yang kaya." (HR Tirmizi)
"Orang2 fakir akan memasuki syurga terlebih dahulu daripada orang2 kaya dengan kadar setengah hari. Dan setengah hari bersamaan lima ratus tahun." (HR Tirmizi)
"Pada hari kiamat kelak akan dihimpunkan sekalian manusia dan akan diseru kepada mereka: Dimanakah orang2 fakir dan miskin dikalangan umat ini? Nabi SAW bersabda: Mereka semua akan bangun dan dikatakan kepada mereka: Apakah yang kamu amalkan? Mereka akan menjawab: Wahai Allah! Engkau telah menguji kami (dengan kemiskinan) namun kami tetap bersabar. Engkau telah memberikan harta dan pemerintahan kepada orang selain daripada kami. Allah SWT berfirman: Kamu bercakap benar! Rasulullah SAW bersabda:"Lantas mereka dimasukkan kedalam syurga terlebih dahulu daripada orang lain. Dan tinggallah mereka dengan penghisaban yang keras dikalangan orang yang kaya dan para pemerintahan." (HR Ibnu Hibban)
"Akan datang dari umatku pada hari kiamat nanti dimana cahaya mereka seperti cahaya matahari. Kami bertanya:Siapakah mereka itu wahai Rasulullah SAW? Nabi SAW menjawab: Mereka itu ialah muhajirrin yang miskin. Yang berada teguh dalam kerja2 yang sukar dibarisan hadapan. Apabila mereka mati keinginan mereka turut terpendam didalam dadanya. Mereka dihimpunkan dari segenap penjuru bumi ini." (HR Musnad Ahmad) ♥
No comments:
Post a Comment